Wednesday, October 8, 2014

Khasiat halia dari sudut kesihatan

Halia sering digunakan dalam masakan tradisional masyarakat melayu, india dan cina sebagai penambah rasa dalam makanan. Namun, tahukah anda halia juga mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan?



Khasiat halia yang mungkin anda belum tahu lagi.

1. Melancarkan peredaran darah
-halia mengandungi kromium, magnesium, dan zink yang boleh membantu untuk melancarkan peredaran darah serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Menghilangkan loya
-halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk menghilangkan rasa loya akibat mabuk kenderaan.  kajian ke atas kadet tentera laut mendapati mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus
-halia juga mampu meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan.

4. Pencegahan demam dan selsema
kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selsema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besarr halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga 3 kali sehari.

5.Mengurangkan ketidakselesaan perut
-halia sesuai dalam membantu pencernaan seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut

6.Mencegah Barah Usus
-Satu kajian di University of Minnesote mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan
-halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Mengubati masalah pernafasan
-tumbuhan herba ini membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak.

9. Menguatkan sistem imun tubuh
-halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia setiap hari boleh membantu mengurangkan risiko strok dimana sumber yang terkandung dalam halia membantu menghalang lemak dari melekat pada arteri.

Sumber: info rasa




Peppermint Ginger Plus 

Dengan arus pemodenan sekarang ni, halia juga boleh didapati dalam bentuk tablet. Peppermint Ginger Plus adalah gabungan antara pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis dapat memberikan kesan yang baik terutama pada sistem perhadaman. Peppermint Ginger Plus sesuai di ambil untuk mereka yang ada masalah asma, batuk, selsema, gastrik, dan penyakit kulit seperti jerawat. Selain itu, Peppermint Ginger Plus sangat berkesan untuk mengeluarkan angin dalam badan, melegakan rasa mual dan loya, serta meredakan sakit kepala dan migrain.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...