Tuesday, September 23, 2014

Mandi Malam

Tabiat suka mandi malam sering mengundang bebelan si ibu. Ibu berpendapat yang mandi malam akan menyebabkan paru-paru berair. Namun pendapat ini berlainan dengan artikel di dalam majalah rapi mengenai kelebihan mandi malam. Jom saya kongsikan apakah kelebihan mandi malam.

1. Fikiran lebih tenang

Mandi pada waktu malam lebih rileks kerana kita tidak terkejar-kejar bersiap ke tempat kerja. Kita dapat meluangkan masa untuk melakukan pelbagai rawatan pada tubuh seperti mandi lulur, berendam dalam air yang ada aroma terapi, mencuci rambut dan mandi dengan lebih selesa dan teliti. Ada pendapat mengatakan, mandi pada waktu malam dengan air sejuk dapat menghilangkan stress.

2. Tekanan darah turun dan rehatkan tubuh

Tahukah anda, mandi pada waktu malam dapat menurunkan tekanan darah? Untuk merehatkan tubuh, anda digalakkan untuk mandi dengan air suam. Dengan membasuh rambut, anda sekali gus dapat melegakan tekanan pada kulit kepala. Selain itu, air suam boleh membuka liang-liang roma dan membantu menghilangkan toksin. Ia juga baik untuk mengatasi tekanan pada bahagian-bahagian tertentu pada tubuh seperti bahu. Tubuh perlu berehat pada waktu malam kerana ia membantu seseorang untuk kekal fokus pada keesokkan harinya.

3. Meregangkan otot

Setelah penat berkerja di siang hari, otot-otot menjadi tegang dan badan menjadi penat. Mandi malam dapat membantu untuk megendurkan otot-otot ini dan membuatkan tubuh menjadi ringan. Mandi dengan air suam boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus untuk berfungsi dengan baik.

4. Atasi insomnia

Mandi dengan air sejuk pula dapat memberi ketenangan kepada tubuh. Ia akan membuatkan tubuh menjadi segar dan memudahkan anda untuk tidur. badan yang bersih akan menggalakkan rasa mengantuk. Jadi mandi malam sekali gus dapat mengatasi masalah insomnia.

5. Lancarkan proses detoks

Mandi dengan air hangat dapat membantu proses detoks. Setiap malam, tubuh akan menjalani tempoh pembersihan toksin bagi menghindari penyakit. Mandian air hangat dapat memudahkan proses detoksifikasi dan membersih secara mendalam. Air hangat akan meningkatkan suhu tubuh dan menggalakan pengeluaran peluh. Sewaktu peluh mengalir keluar, ketika itulah ia ‘membawa’ toksin bersama.

Info:- Apabila anda mandi air hangat, jangan terkejut jika keeseokkan harinya anda akan mengalami masalah gelung hitam bawah mata. Mata juga mungkin menjadi kemerahan atau bengkak. Ya, mungkin anda tidak suka. Tetapi ia menandakan toksin ada sudah dikeluarkan. Semakin hari, ia akan berkurangan.


sumber: majalah rapi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...