Lamanya tak bersiaran kat sini.. almaklumla.. konon-konon busy kat office campur ngan malas lagikan.. hehe
Sempena cuti deepavali yang lepas kami balik ke kemaman. Lama dah tak balik makan keropok dan sata kat sana.. kebetulan ada kenduri pula.. tu yang orang kata sambil menyelam tangkap ikan.. eh betul ke? hehe
Memang best balik kali ni... ingatkan sekarang ni musim hujan di pantai timur.. maka kami ni duk angkutla hampir sealmari ke sana... haha.. buat penuh bonet je sbb cuaca sana elok.. siap basuh baju hari-hari lagi.
Ternyata impian diet kami hancur sama sekali. Mana taknya tiap-tiap malam ada je agenda makan-makan. Di mulakan dengan makan di papadale(camtu kot eja nama kedai ni) atas tajaan abang ipar. Semoga murah rezeki eh.. boleh belanja lagi kami.. hehe...
Menyediakan makanan western dan agak ekslusif. Tak sempat nak amik gambar. Sibuk pandang sara yang galak bermain dalam tu sambil membuat bising. Sara + Mia + Batrisya dan Mikhail.. memang haru biru.. mesti owner kedai pun tak sabar suruh kami balik.. hehe..
Pada malam seterusnya kami bertolak ke kuantan untuk menghadiri majlis akad nikah saudara sebelah keluarga zul. Menariknya majlis ni, ia diadakan di luar rumah dengan susunan kerusi para tetamu seperti di dalam dewan. English theme gitu.. warna putih dan moden.. siap ada burung merak sebagai deco. tapi yang lagi best.. kambing golek,
kentang bakar, sup cendawan dan garlic bread dia memang sedap... sampai majlis akad nikah yang sedang belaku kami pandang ngan ekor mata je.. sibuk mengadap makanan sendiri.. hahaha
Malam yang berikutnya... BBQ.... jom bakar membakar.. bukan lemak yang dibakar tapi ayam, sosej dan daging ye puan-puan.. hehe.. tugas membakar serahkan pada abah sara je.. mama sara tolong makan.. hahaha.. tu yang makin membulat jadinya... Tak lupa mihun maa yang awesome.. laku sungguh mihun maa malam tu... Kak ipar plak bawa jeruk asam boi yang marvelous.. fuh terangkat ngan pedas dia lagi.. walau pedas rasa nak lagi dan lagi.. and thanks to Jat (adik ipar) belanja kek besday... dengar nyanyian dari anak dan anak-anak buah.. memang buat diri ini melting.. bahagia di kelilingi kaum keluarga... memang best bila dapat berkumpul gitu..
No comments:
Post a Comment