Monday, October 13, 2014

Penyakit Skurvi

Penyakit skurvi adalah berpunca daripada kekurangan vitamin C dalam tubuh badan. Seseorang yang kekurangan vitamin C akan berasa lemah, mengalami kerosakan gigi, tulang rapuh, penghasilan kolagen terjejas, kekurangan darah, pendarahan pada gusi dan sekitar liang roma selain bulu roma berkerinting.

Dengan mengambil buah-buahan, sayur-sayuran, jus buah-buahan atau suplemen berasaskan vitamin C setiap hari, seseorang dapat mengelak daripada mengalami penyakit skurvi. Manusia mendapat 90 peratus jumlah vitamin C daripada sayur-sayuran dan buah-buahan tetapi kandungan vitamin C dalam makanan berkenaan boleh berkurangan sehingga 40 peratus apabila ia dimasak. Pada masa sama, vitamin C yang juga dikenali sebagai asid askorbik mudah teroksida dan simpanan di dalam tubuh pula banyak digugat oleh faktor alam sekitar dan gaya hidup seperti merokok serta keadaan biologikal seperti keradangan atau mengambil zat besi secara berlebihan.

Selain masalah pemakanan yang tidak seimbang, penyakit skurvi turut berlaku kepada pesakit anoreksia, mental, buah pinggang serta barah atau mereka yang mengelak makanan berasid. Penyakit skurvi mudah sembuh sekiranya diberikan rawatan yang betul. Sebaik pesakit skurvi diberikan dos vitamin C yang cukup, pendarahan secara spontan akan berhenti dalam masa sehari, sengal otot dan tulang akan hilang dengan cepat, pendarahan dan kesakitan gusi akan pulih dalam tempoh antara dua ke tiga hari dan perubahan warna kulit akibat pendarahan pula pulih secara perlahan-lahan dalam tempoh 12 hari.

Antara makanan yang kaya dengan vitamin C ialah buah-buahan sitrus terutamanya limau gedang dan lemon, buah beri, tembikai susu dan sayur-sayuran termasuk brokoli, bayam, lada hijau, tomato, kentang serta kubis.

Salah satu produk kesihatan paling laris di Shaklee adalah vitamin C. Malah dikatakan 1 tablet vitamin C shaklee bersamaan 7 biji ekstrak buah limau. Selain itu, vitamin C shaklee ini dilepaskan ke dalam tubuh secara berperingkat-peringkat demi menjamin tubuh mendapat bekalan vitamin c sepanjang hari.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...