Wednesday, March 11, 2015

Sakit belakang mengganggu prestasi kerja




Sejak kebelakangan ni sering sahaja sakit belakang. Duduk di hadapan komputer sewaktu berkerja pun sudah tidak selesa. Rasa tak sabar nak berbaring dan berehat di rumah. Adakah faktor usia yang makin meningkat menyebabkan sakit belakang? Terbaca di majalah Eh.. punca-punca sakit belakang ada banyak faktor.. bila difikirkan ada jugala terkena dalam satu dua point tu.. Meh saya kongsikan apa faktor-faktornya.


TIDUR DIATAS TILAM LUSUH
Yup, diakui tilam boleh mempengaruhi keadaan belakang tubuh kita. Tilam yang baik dapat menyokong tulang belakang dan memberi keselesaan ketika tidur. Disarankan agar kita memilih tilam yang tidak terlalu lembut ataupun keras. Tukarlah tilam baru sekiranya tilam anda mula rosak ataupun melandut.


MENGGENDONG BEG BERAT
Golongan wanita gemar menyumbat pelbagai barangan di dalam handbag. Ini termasuklah saya sendiri. Di dalam beg tangan penuh dengan barang-barang seperti wallet, handphone, lipstick, compact powder dan macam-macam lagi. Ada juga yang seperti saya menyimpan sampah sarap (tisu dan resit2 belian) di dalam beg.. hehe. Tahukah anda
membawa beban pada sebelah bahu sahaja menyebabkan ketidakseimbangan kepada tulang belakang. Beban yang dibawa sepatutnya hanya 10 peratus daripada berat badan anda.


KASUT TINGGI ATAU KASUT SARUNG
Kekerapan memakai kasut tumit tinggi terutamanya jenis stiletto boleh menyebabkan sakit belakang yang kronik. Ia membuat anda menolak posisi badan ke belakang secara paksa. Kasut sarung (flat shoes) juga bisa beri kesan yang sama jika anda tidak memilih kasut yang betul. Lapik dalam kasut yang nipis menyebabkan tekanan kepada tumit yang menampung keseluruhan berat badan anda. Ia sekaligus memberi kesan kepada tulang belakang kerana kedua-duanya saling berkait.


MENYIMPAN DENDAM
Pertama kali dengar pasal ni..namun ada juga benarnya. Ini kerana apabila kita berdendam, kita akan memendam perasaan marah dan berfikiran negatif. Lama kelamaan
kemarahan yang disimpan menjadi punca ketegangan otot sekaligus mengakibatkan pelbagai penyakit lain dari segi fizikal seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung malah gangguan mental.


DUDUK SEPANJANG HARI
Berita buruk kepada mereka yang bekerja di hadapan komputer sepanjang hari! Kesibukan kerja kadang menyebabkan anda leka dan duduk berterusan berjam lamanya. Postur yang tidak betul menyebabkan bahagian belakang badan menjadi lemah. Sekali sekala rengangkan otot dengan berdiri dan berjalan seketika di pejabat bagi menyeimbangkan semula struktur tulang belakang.


KURANG BERSENAM
Bersenam bukan sekadar untuk kurus malah dengan bersenam otot akan menjadi lebih kuat dan membantu mengaktifkan bahagian spina agar tidak menjadi lembut dan lemah. Pilihlah jenis senaman yang berkait dengan abdomen dan bahagian belakang badan seperti sit up dan hip bridge.


MAKANAN RINGAN
Apabila makan terlalu banyak hidangan yang tinggi kalori dan bernutrisi rendah, ia menyebabkan penambahan berat badan. Berat badan berlebihan pada bahagian tengah badan menyebabkan pelvis anda ditolak ke hadapan sekaligus mengakibatkan tekanan kepada bahagian belakang badan. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan berisiko mendapat penyakit osteoartritis.

Tips sihat: Kalsium sangat baik untuk tulang dan gigi. Kita disaran untuk minum susu setiap hari. Tahukah anda ostematrik dari shaklee tinggi kalsiumnya? Cuba amalkan ostematrik untuk kesihatan tulang dan gigi yang optimum.





2 comments:

  1. sakit pinggan jugak ni. hehehe :)
    tak elok simpan dendam rupanya. tq info shikin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama ayu... bila kita happy segala penyakit pun lari :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...