Tuesday, August 19, 2014

Pendakap gigi (braces) sekadar fesyen atau keperluan?

Pemakaian pendakap gigi tidak lagi menjadi sesuatu yang baru dan pelik dalam masyarakat kini. Terdapat pilihan untuk pengguna memilih kos untuk memasang pendakap gigi yang mahal atau yang lebih murah mengikut kemampuan. Kebiasaannya, mereka yang memakai pendakap gigi mempunyai masalah gigi dan ingin membetulkan struktur gigi yang tidak teratur supaya tampil lebih kemas dan cantik serta menambahkan keyakinan terhadap diri sendiri.

Namun, ada juga sesetengah pihak yang menjadikan pemakaian pendakap gigi satu fesyen untuk kelihatan unik kerana terdapat pendakap gigi yang palsu dijual dengan harga yang murah dan berwarna-warni.

Tempoh pemakaian pendakap gigi ini mengambil masa yang lama bergantung kepada tahap struktur gigi yang perlu diperbetul. Mereka yang memakai "braces" ini perlu berhati-hati ketika makan dan menggosok gigi agar tidak ada sisa makanan yang tertinggal. 



5 langkah penting bagi penjagaan pendakap gigi:

1. Sentiasa berus gigi dan berkumur
Berus gigi dengan menggunakan ubat gigi seperti biasa untuk pembersihan awal dan kemudian diikuti dengan menggunakan berus berbulu halus serta berkumur bagi membersihkan sisa makanan yang terperangkap di antara besi dan kurungan pendakap gigi anda.

2. Gunakan flos
Letakkan flos di bawah wayar pendakan gigi dan tarik flos dengan tangan dan tolak di antara gigi untuk mengeluarkan sisa makanan yang terperangkap di antara gigi dan gusi. Ulang langkah ini dengan perlahan-lahan.

3. Urutan gusi
Hujung getah berfungsi untuk mengurut gusi anda. Penjagaan gusi dengan rapi akan menjadikan gigi bebas bakteria dan proses rawatan juga akan berjalan dengan lebih lancar.

4. Penggunaan lilin
Gunakan lilin yang diberi oleh pihak pergigian bagi mengurangkan kesakitan daripada pemakaian pendakap gigi.

5. Jaga pantang larang makanan
Cuba elak makan makanan keras dan minuman manis, bergas dan minuman yang mengandungi pewarna yang banyak.

(sumber: harian metro).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...