Perjalanan ke sana tidak mengambil masa yang lama kerana jalan pun tidak la sesibuk mana. Kebetulan waktu kami sampai, ada kerusi yang kosong dan orang belum lagi ramai.
Maka, kami mula memesan makanan dan alhamdulillah tidak perlu menunggu terlalu lama untuk menikmati makanan. Kalau tak.. ada budak tak senang duduk la nanti.. risau budak-budak bosan dan mula buat perangai kalau lama menunggu. dan... tadaaa ni antara gambar2 sempoi yang berjaya dirakam oleh paparazi kita.
Sayangnya tak cukup korum. Kalau adik ada sini lagi la meriah. Makanan memang banyak, sepinggan macam boleh makan dua orang. Agaknya orang-orang arab ni memang makan banyak kot. sbb tu setiap kali order nasi arab mesti dapat portion yang banyak. Untuk yg berdiet.. makanan seperti roti dan sandwich ada tersedia.
Selamat hari lahir ayah. kami tahu bukan sambutan / makan2 yang ayah mahukan. cukupla anak-anak dapat berkumpul bersama2, bergembira dan bergelak ketawa bersama.
Terima kasih ayah kerana telah bersusah payah membesarkan kami. Jasa dan pengorbanan ayah tidak dpt dibalas dengan wang ringgit. semoga ayah diberi kesihatan yang baik, kelapangan dalam urusan di dunia dan akhirat, kesejahteraan dan sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t.
Dah makan kambing, nasi arab dan ayam tu jangan lupa makan alfafa dan lecithin sebelum tidur ye. Barulah segala lemak-lemak tak berkumpul dalam badan. Sekian dulu.